08 December, 2015

Thailand Road Trip

Selepas ke Padang dan Bukitinggi Sumatera 2 minggu lepas, kami menyambung percutian ke Thailand pulak. Isteri tidak ikut kali ini kerana percutian ini merupakan pemanduan dengan kereta dengan anggaran jarak sejauh 5000km dari Kulim ke utara Thailand. Saya bercuti bersama adik perempuan dan suaminya. Adik ipar saya telah beberapa kali masuk ke Thailand sebelum ini. 

Kami bertiga bercadang menghabiskan selama 2 minggu ber kereta di Thailand melalui pintu masuk imigeresen di Bukit Kayu Hitam. Utara Thailand sangat sesuai di lawati pada hujung tahun kerana cuaca nya yang sejuk mencapai 14 Celcius pada malam hari. Dalam perjalanan ke utara Thailand kami akan bermalam di 2 lokasi kerana jaraknya yang mencapai 1,800km. Lokasi yang dipilih ialah persisiran pantai Surat Thani hingga ke Prachuap Khiri Khan dan bandar sejarah di Kanchanaburi yang terkenal dengan Jambatan Maut. Cuaca sejuk utara Thailand di hujung tahun terkenal dengan tanaman limau, teh dan kopi.

Jika tidak bercadang memandu sejauh ini, lebih baik ambil flight ke Chiangmai dan sewa kereta dari situ.

Kedai makanan halal hanya terdapat di bandar besar sahaja. Untuk mengatasi masaalah mendapat makanan halal, kami membawa juga rice cooker dan beberapa peralatan memasak seperti periuk, pan dan dapur gas portable. Segala keperluan groceries akan di beli di Thailand kelak.

Perception/tanggapan kawan2, adakah selamat memandu/melancung ke Thailand memandangkan banyak berita negative dari negara itu. Adik saya telah beberapa kali masuk kenegara itu dan tidak merasa sebarang threat pun. Pada awalnya saya pun merasa ragu ragu jugak. Tetapi setelah beberapa hari disana alhamdulillah tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Beberapa kali gps tertinggal terlekat dekat cermin kereta dan laptop disorok dalam boot pun selamat tanpa pecah kereta.
Di hari pertama seperti biasa saya akan memakai selipar apabila singgah di surau/masjid untuk solat seperti di Malaysia untuk mengelak kecurian. Tetapi suasana disini lain. Saya beranikan diri meletak kasut branded saya tanpa ragu2 setiap kali singgah di masjid. Begitu juga PA system masjid tidak dicuri atau tabung dipecahkan seperti di tempat kita.

Masaalah besar ialah orang2 Thai ini tidak langsung berbahasa inggeris walaupun tourism adalah nombor satu pendapatan negara. Cuma penduduk dari Thailand selatan seperti Hatyai, Narathiwat, Yala dan Pattani sahaja dapat bercakap melayu.

Travel Route 
The northern route
Day 1 - Songkhla, Surat Thani
Saya bertolalak terlebih dahulu dari Kuala Lumpur ke Kulim tempat tinggal adik saya menggunakan perkhidmatan keretapi Express Rakyat. Tiket perjalan satu hala dari KL Sentral ke Bukit Mertajam (BM) berharga rm33 berbanding ETS sebanyak rm65. Perjalan ke BM mengambil masa 5.5 jam berbanding ETS 4 jam. Saya bertolak pada hari Sabtu kerana kami akan ke Thailand ke esokan harinya.

Kami meninggalkan bandar Kulim jam 9 am dan sampai disempadan Malaysia Thailand di Bukit Kayu Hitam jam 10.30 pagi. Terlebih dahulu kami berhenti di salah sebuah kedai sebelum sempadan untuk membeli insuran kereta untuk digunakan di Thailand. Harga insuran adalah sebanyak rm15 untuk 9 hari, rm25 untuk 14 hari dan rm35 untuk sebulan. Dengan borang tersedia kami memandu kesempadan untuk urusan imigeresen. Apabila sampai di pusat imigeresen sebelah sempadan Malaysia pandu melalui salah satu kaunter untuk urusan paspot . Lepas itu terus pandu ke pusat imigeresen Thailand. Letak kereta di parking lot di sebelah kiri kompleks. Terdapat satu kawasan tidak berturap untk tujuan tersebut. Turun dan terus ke kaunter imigeresen Thailand untuk urusan paspot. Selepas itu pergi pulak ke kaunter kastam terletak di kaunter paling kanan untuk urusan dokumen kemasukan kereta ke Thailand. Untuk urusan ini sila sediakan borang yang telah diisi oleh agen insuran tadi beserta dengan geran kereta.

Setelah selesai, ambil kereta dan pandu melalui pintu masuk kompleks imigeresen ke Thailand. Dibandar Sadao, iaitu sebuah pekan  selepas sahaja pusat imigeresen, kami singgah di salah satu kedai money changer untuk menukar ringgit ke Thai Baht. Saya anggarkan keperluan duit untuk sehari sebanyak rm90 untuk hotel dan rm30 untuk makan. Bagaimanapun saya cukupkan rm120 untuk satu hari selama 10 hari. Penukaran duit Malaysia ke Thailand baht adalah lebih menguntungkan jika di buat disebelah sempadan Thailand. Kami jugak membeli sim card untuk kegunaan internet dan panggilan telefon. Harga sim card adalah sebanyak 299 baht yang boleh dipakai secara unlimted data untuk seminggu yang mana lepas itu boleh lah di top-up.

Kami makan tengahari di Sadao, sebuah kedai makan tomyam Nurlaila satu lorong dengan masjid Phatthu mosque diSadao GPS Coordinate 6.523401, 100.421277 . Selepas solat qasar jamak di masjid tersebut, kami meneruskan perjalanan keutara menuju ke Surat Thani. Surat Thani merupakan bandar dimana pelancung Malaysia akan transit dengan penerbangan untuk ke pulau peranginan Kok Samui. Untuk makan malam, kami diberitahu oleh reception hotel supaya mencari kedai makan bersebelahan universiti Surat Thani Rajabhat. Perjalanan dari Sadao adalah sejauh 390km dan mengambil masa selama 5 jam Akibat kepenatan, kami cuma makan roti di dalam bilik dan terus tidor. Jalan di Thailand boleh dikatakan seratus peratus tidak ada toll dan berkualiti seperti di Malaysia. 
Phatthu mosque di Sadao
Sungai Ta Pi Surat Thani

Day 2 - Prachuap Khiri Khan, Ratchaburi
Siang esoknya kami meneruskan perjalanan dari Surat Thani ke bandar tepi laut Prachap Khiri Khan dan seterusnya ke Ratchaburi untuk bermalam di sana. 550km. Dalam perjalanan singgah di gerai tepi highway untuk membeli jem nenas dan nenas yg siap dipotong untuk di kunyah dalam perjalanan. Sele[as itu singgah pula di bandar pantai Hua Hin. Masa itu hari pun hampir gelap dan teruskan perjalan mencari tempat bermalam. Kami singgah di Guest house jenis bungalow. Minum pagi di sediakan.


Prachap Khiri Khan

Buah buahan tempatan tepi highway

Guesthouse Ratchaburi
Santai di RnR - Amazon Coffee Outlet
Day 3 - Kanchanaburi, Nakhon Sawan
Dari Ratchaburi kami meneruskan perjalanan ke Kanchanaburi yang terkenal dengan jambatan keretapi maut yang di bina pada tahun 1941 dizaman penaklukan Siam oleh tentera Jepun. Tentera Jepun pada waktu itu telah mengarahkan tentera tawanan perang dari England, Amerika, Burma, Siam dan Malaya untuk membina trek dan jambatan keretapi dari Singapura hingga ke Burma. Jambatan maut ini menjadi popular setelah difilemkan pada tahun 1957 dengan tajuk Bridge on River Kwai. Setelah puas bergambar dan melawat museum, kami terus ke Nakhon Sawan yang jaraknya 500km untuk bermalam. Sebelum keluar dari bandar Kanchanaburi, kami mencari masjid yang tercatat didalam GPS akan tetapi masjid itu terbiar seperti tidak siap. Teruskan perjalan untuk mencari masjid lain di Chai Nat. Disitu kami berjumpa satu van rombongan dari Malaysia juga untuk ke Chiagmai. 

Tidur di hotel Asia Nakhonsawan Hotel. Untuk makan malam, kami ke masjid Pakistan Nakhonsawan dimana dijalan sama terdapat kedai makan islam.  


Jambatan Maut di Kanchanaburi

Jambatan Maut di Kanchanaburi

Jambatan Maut di Kanchanaburi
Bersama imam Masjid Mohammadiah di Chai Nat
Day 4 - Chiangmai
Dari Nakhon Sawan bertolak ke Chiangmai. Kami sampai awal kerana jarak antara Nakhon Sawan ke bandar Chiangmai tidak berapa jauh. Kami parking kereta sebelah hotel dan makan tenganhari sebelah masjid. Selepas checkin dihotel Night Bazaar, saya terus ke masjid di sebelah hotel untuk solat magrib kerana azan jelas kedengaran. 
Malam itu kami bersiar kepasar malam Anusan dan Kalare disebelah hotel. Keluasan tapak barang jualan amat lah besar.

Keesokan harinya selepas check out, kami breakfast roti canai dan mee bandung siam disebelah hotel dan meneruskan perjalanan ke bandar lama Chiangmai.
Makan makan

Depan Masjid

Night Bazaar
Night Bazaar

Breakfast mee bandung

Breakfast roti canai

Pintu gerbang ke masjid Chiangmai.
Sebelahnya ialah hotel dan night bazaar

Bandar lama Chiangmai
Day 5 - Chiangmai, 
Kami bercadang melalui jalan pergunungan dari Chiangmai ke Khun Yuam melalui pusat peranginan Doi Inthanon National Park. Ada security di jalan masuk Road 1009 dari Road 108. Jika tidak bercadang untuk naik ke Doi Inthanon, cakap pada security itu kita nak ke Mae Chaem untuk mengelak dari membayar 300 baht seorang. Kami memilih jalan kampung untuk menikmati keindahan countryside daerah Chiangmai. Jalan sangat menarik melalui celah gunung, lereng bukit sambil menikmati keindahan tanaman jagung, sayuran, padi, buahan disepanjang jalan.

Oleh sebab hari telah lewat, kami bercadang untuk bermalam di bandar kecil Khun Yuam. Sebelum itu kami tercari cari masjid untuk solat jamak/qasar. Kami terjumpa makcik bertudung menjual roti canai dan bertanya arah masjid. Kebetulan lelaki yg bersama beliau yang sedang memasang gerai untuk berniaga adalah imam surau tersebut. Bermalam di guest house Khun Yuam. Malam itu kami masak telur, nasi dan sayur yang dibeli dikedai tepi jalan. Pada malam nya suhu telah turun 14 C.

Kita tidak perlu membuat reservation untuk mencari hotel di Thailand ini. Industri pelancungan di Thailand sangat maju berbanding di Malaysia. Disepanjang lebuhraya, bandar kecil akan terdapat banyak hotel dan guest house persendirian. Cuma berhenti dan bertanya rate hotel dan checkin terus selepas membuat bayaran. Rate hotel adalah antara 450 baht hingga 1000 baht (rm45 - rm100) untuk 2-3 orang bergantung pada kemudahan bilik yang diberikan.
Kaki bukit ke Doi Inthanon

Ladang jagung yg dah dituai

Rehat sat
Pekena kopi bukit

Makcik jual strawberry
Rehat di pesta hasil kampung
Bersama imam masjid Khun Yuam

Masjid Khun Yuam
Guest house Khun Yuam
Day 6 - Mae Hong Son
Ke esokan harinya selepas breakfast roti kami bersiap untuk ke Pai. Sebelum itu sempat berbual di lobi guesthouse, couple dari USA yg bercuti selama 6 bulan di Chiangmai. 
Dalam perjalanan, kami melencong ke jalan Road 4025 untuk masuk ke perkanpunagn Karen(leher panjang) ikut jalan kampung ke arah sempadan Burma. Jalan sampai kehujung adalah 18km sehingga terjumpa jambatan gantung. Bagaimanapun jalan ke perkampungan Karen adalah terlalu curam untuk kereta mengakibatkan kami tidak jadi pergi.

Teruskan perjalanan untuk solat Jumaat di masjdi Attaqwa dan lunch. Lepas sembahyang, bertemu rakan bermusafir En Azhar bersama keluarga dari Kelang. Teruskan perjalana ke Pai. Laluan ini sangat scenic dengan pemandangan yang gunung ganang dan lurah bukit. Di paling puncak terdapat kawasan rehat dan tempat mainan mini. Sampai di bandar Pai, kami berjalan2 dipasar malam dan makan malam di kedai muslim Cina Aishah bersebelahan masjid Pai. 

Bermalam di guest house Pai di jalan besar Road 1095.




Rest Area
Perkampungan Karen

Jalan ke perkampongan Karen dan sempadan Burma
Masjid Attaqwa Mae Hong Son
Puncak Bukit
Puncak Bukit
Masjid Pai
Pasar malam Pai


Guesthouse Pai

Day 7 - Mae Hong Son
Selepas breakfast kami balik semula ke bandar Pai untuk bergambar. Dalam perjalanan keluar dari pekan Pai, kami singgah dikawasan tanaman padi untuk melihat bagaimana penanaman dibuat. Banyak padi telah dituai menggunakan mesin pemotong rumput dan dicerai padi dari tangkai menggunakan buruh kasar.

Dari situ kami singgah sekali lagi di bandar Chiangmai untuk makan mee tarik sop. Mee ini disediakan secara manual tanpa menggunakan mesin untuk prosesan mee.

Dari Chaingmai terus ke utara menuju ke Fang untuk bermalam di sana. Guesthouse mempunyai ruang kereta betul2 sebelah pintu masuk bilik. Yang menarinya guesthouse ini, parking kereta ini mempunyai tirai dan kereta boleh disorok dengan menarik tirai tersebut.

Makan roti malam itu.
Sawah padi
Sawah padi
Pai Memorial Bridge
Pai attraction
Pai coffee
Chiang Mai
Mee Tarik


Buat mee tarik
Mee Tarik
Guesthouse dengan parkir bertirai
Expire 58
Day 8 - Chiang Rai (Ahad)
Kami singgah di sebuah masjid yang mempunyai ciri reka bentuk Cina yang unik di Thaton. Kemudian singgah di jambatan lama di sungai Thaton. Singgah di ladang limau Thanaton. Naik bas yang disediakan oleh ladang untuk melawat tanamn limau. Kami membeli limau, pisang dan buah naga yang ditanam disini.

Dari Fang teruskan perjalanan ke Mae Salong untuk melihat kawasan tarikan pelancong di puncak bukit. Di Mei Salong terdapat sebuah masjid Attaqwa. Saya sempat juga membeli beras bukit, pulut hitam yang dihasilkan oleh penduduk tempatan. Dari situ kami menuruni bukit melalui jalan kampung ke rumah Ustaz Din di Ban Hui. Beliau berasal dari Yala dan telah menetap di situ sejak 1981 untuk berdakwah. Kini pusat dakwah beliau telah mempunyai seramai 80 orang pelajar kebanyakan dari kanak2 bukit disekitar utara Thailand. Terdapat sebuah masjid, kuarters guru/pendakwah, kantin, asrama pelajar. Kebanyakan dana adalah dari UAE dan Malaysia.

Selepas lunch ustaz membawa kami ke kawasan pergunungan Doi Chang yang terletak di sebelah barat bandar Chiang Rai untuk melihat ladang kopi terkenal di Thailand. Dari situ kami ke masjid Chiang Rai untuk solat jamak/qasar. Malam itu isteri ustaz Din menjamu kami dengan sayur sup, ikan mackeral goreng dan nasi putih di halaman rumah dalam suhu 21 C. Bermalam di rumah Ustaz Din malam itu.

Masjid Rahmah Mei Ai, Tha Ton
Masjid Rahmah Mei Ai, Tha Ton
Thanathon Orchard
Thanathon Orchard
Kebun bunga di ladang limau Thanathon
Mae Salong
Mae Salong
Ulat goreng Mae Salong
Mae Salong
Mae Salong
Mae Salon  
Mae Salong
Mae Salong
Mae Salong Flower Hill Resort
Mae Salong Flower Hill Resort








Rumah orang bukit Mae Salong

Rumah orang bukit Mae Salong
Pusat dakwah Ban Hui
bersama Ustaz Din
Puncak Doi Chan
Kopi yg di kering
Cafe kopi
Latte
Masjid Chiang Rai bersama Ustaz Din


Day 9 - Chiang Rai
Pagi itu isteri ustaz menjamu kami dengan nasi putih, sayur sup dan ikan goreng mackeral. Selepas breakfast, kami bersiap untuk perjalanan seterusnya. Selepas bersalaman, ustaz cadangkan kami melawat ladang tea Choui Fong yang berdekatan dengan rumahnya. Sempat minum green tea yang terdapat di situ. Juga membeli serbuk green tea sebagai souvenoir.

Dari situ kami memandu ke utara menuju ke Mae Sai iaitu bandar sempadan paling penghujung atas Thailand sebuah pintu masuk antara Thailand dan Burma. Kami menggunakan laluan gunung yang merupakan sempadan antara Thailand dan Burma. Ada kala lauan itu akan memasuki negara Burma kerana puncak gunung tersebut merupakan natural bountry antara dua negara tersebut.

Sesampai di Mae Sai, kami terus ke masjid untuk solat jamak/qasar. Selepas lunch, terus ke sempadan 3 negara Thailand, Burma dan Laos yang di kenali sebagai Golden Triangle. Bandar di 3 sempadan ini dulu nya terkenal sebagai pusat agehan poppy (dadah).

Dengan ini selesai lah jalan2 cari makan dan cari ilmu menjelajah utara Thailand dan kami memandu arah selatan menuju ke Chiang Rai. Kami bermalam di sebuah guesthouse 20 km ke selatan Chiang Rai di Highway 1. 


breakfast dihalaman rumah ustaz
breakfast
Ladang Teh Choui Fong
Green Tea
Boleh kembong ni
Ladang tea
Burma Thailand border
Burma
Masjid Mae Sai

Mae Sai, bandar paling utara di Thailand
3 sempadan - Burma Thailand dan Laos
3 sempadan - Burma Thailand dan Laos
boleh tahan jugak berat gajah ni
3 sempadan - Burma Thailand dan Laos
Day 10  -  Chai Nat
Ke esokan hari nya kami terus memandu  sejauh 550 km ke selatan Thailand menuju Chai Nat. Kami berhenti dinner di bandar Nakhon Sawan kerana disitu terdapat banyak kedai makan disepanjang jalan ke masjid pakistan. Selepas dinner nasi campur penang style dan roti canai bersusu, kami mencari hotel di bandar Chai Nat untuk bermalam. Sampai di Chai Nat hampir 9 malam.


Beli bawang sat
IQ guesthouse Chai Nat
IQ guesthouse Chai Nat

Day 11 - Prachuap Khiri Khan
Dari Chai Nat kami bergerak keselatan sehingga Prachuap Khiri Khan. Berhenti sekejap di Premium Outlet dan RnR  dilaluan leburaya 4 dibandar Chaam. Ada pelbagai tarikan disini untuk kanak2 dan orang dewasa.


Berhenti di gerai yang banyak di sepanjang lebuhraya untuk membeli limau, nangka, nenas, betik untuk di makan sebagai pencuci mulut. 

Sampai di Prachuap, kami mencari guesthouse di perkampungan nelayan di sersisiran pantai berharga 800 baht (rm 90).  

Attraction di bandar Chaam
Attraction di bandar Chaam
Lepak sambil minum kopi
Gerai buah
Guesthouse di Prachuap
Guesthouse di Prachuap
Guesthouse di Prachuap
Day 12 - Ratchaprapha Dam
Ratchaprapha dam merupakan tasik buatan  untuk tadahan air. Ia terletak di jalan antara Surat Thani dan Phuket. Selepas breakfast di Prachuap, kami memandu arah selatan menggunakan lebuhraya 41 hingga ke jalan 401 mengarah ke Phuket. Selepas memandu sejauh 400km, kami sampai ke Ratchaprapha dan terus checkin Mali Resort untuk bermalam disini. 

Taman di Ratchaprapa Dam
Taman di Ratchaprapa Dam
Pemandangan dari puncak Ratchaprapa dam
Sunset dari puncak Ratchaprapa dam
Mali Resort
Mali Resort 800 baht semalam

Day 13 - Hat Yai Floating Market

Esok pagi lepas checkout, terus pemanduan ke Hat Yai sejauh 400km. Kami singgah di floating market untuk melihat keunikan jual beli di atas perahu. Terdapat banyak gerai makan dan cenderamata. Kami mencuba segala macam makanan yang di jual.


Dari sini kami bercadang keluar awal ke pusat pemeriksaan sempadan di Bukit Kayu Hitam kerana pusat ini akan tutup jam 11 waktu Thai. Pemanduan dari Hat Yai ke sempadan cuma 45 minit sahaja. Pabila menghampiri pust pemeriksaan jangan ikut beratur di belakang lori. Ikut laluan kereta di sebelah kiri lori hingga ke booth imigresen. 

Letak kereta dan turun berjalan ke booth untuk urusan cop passport. Lepas itu serah surat kastam untuk pemeriksaan kereta. Selepas 13 hari memandu di Thailand tanpa membayar sesen tol disepanjang pemanduan 5500 km, tiba masa nya untuk membayar tol rm5 sebaik saja pemeriksaan pasport di sebelah sempadan Malaysia. Bajet sebanyak RM1200 untuk 13 hari cukup2 untuk makan, petrol dan penginapan.

Mari mari lai lai
Jualan atas sampan
Nak hulur tak payah bangun
Sup daging n nasi bubur
Sate kot
Roti canai, roti tisu, roti...
Jagung bakar