23 November, 2015

Bukittinggi, Pagaruyung & Padang Sumatera

Day 1 - Airport Padang to Bukittinggi
Kami menggunakan perkhidmatan Airasia untuk ke Padang. Untuk tempat tinggal pulak saya menggunakan booking.com untuk reserve guesthouse Bamboosa . Boleh dikatakan semua lawatan saya keluar negara tidak menggunakan perkhidmatan travel agency untuk mengelak caj tambahan. Tambahan pulak tidak terikat pada iterinary yang ditetapkan oleh pakej berkaitan. Cumanya kita kena buat banyak persediaan dan penyelidikan. 
Bagi perkhidmatan kereta sewa, saya mencari dalam blog2 pelawat yang pernah berkunjung ke Bukittinggi. Saya terjumpa nama pak Roni dan terus watsap beliau. Beliau meminta iterinary tiket penerbangan untuk confirmation. No pak Roni ialah +628 1363 408670

Kami sampai dilapangan terbang Padang jam 2.30 petang. Pak Roni telah meminta adik beliau pak Oyong untuk melayan kami selama 5 hari di Padang + Bukitinggi. Beliau telah siap menunggu dengan placard atas nama saya dipintu keluar airport.  Saya tidak bersedia menyerah lagi wang sewa kereta kerana masih curiga akan servis dari pak Roni kerana inilah pertama kali menggunakan perkhidmatan beliau. Saya nyatakan akan memberi wang sepenuh nya pada hari terkhir dan beliau bersetuju. Hilang lah rasa was2 saya.


Dari airport, kami terus ke Bukitinggi. Oleh kerana kelaparan, pak Oyong singgah de kedai nasi padang di kedai popular orang Malaysia, Lamun Ombak. Pemandu yang membawa pelawat yang singgah direstoran mereka akan diberi makan percuma. Bil disekitar Rp12000 (rm40) untuk 3 orang.
Selesai makan dan solat jamak qasar kami teruskan perjalanan. Singgah bergambar dan membeli tidbits di rnr air terjun Lembah Anai.
Dipinggir bandar Bukitinggi, kami singgah sekali lagi untuk makan bingka atau bika ubi dan pisang. Bika ini di masak dalam oven terbuka menggunakan para kayu api atas dan bawah. 
Selepas 3 jam perjalanan kami sampai dihotel, terus check-in dan keluar semula untuk dinner. Ada kedai makan Wong Semarang 10 minit berjalan dari hotel kami. Makan nasi ayam penyat dan nasi goreng. Cuma bezanya disini nasi ayam penyet tidak dihidang bersama sup.


Lunch right after airport pickup - nasi Padang
RnR Lembah Anai waterfall
Bika ubi n pisang
Bika ubi n pisang - the oven
Bamboosa guesthouse
Dinner - Ayam penyet

Day 2 - Ummi Aufa, Hajah Rosma, Batu Sangkar, Pagaruyung, Danau Singkarak
Breakfast disediakan oleh guest house. Untuk tiga hari kami disini, telah dihidangkan masakan tempatan seperti nasi goreng, soto dan lontong. Pagi itu saya berjalan ke masjid berdekatan untuk solat subuh bersama emak caretaker. Architecture dalaman dan luaran masjid amat cantik walaupun masjid tersebut kecil sahaja.
Pak Oyaong telah sampai diguesthouse seperti yang dijanjikan. Terus ke Umi Aufa membeli pisang salai dan lain untuk souvenoir. Dari situ ke kedai sulaman hajah Rosma untuk melihat cara sulaman dibuat. Cuma lihat2 dan bergambar saja disini. 
Teruskan perjalanan ke kilang kopi Kiniko. Terdapat ruang dibelakang kedai dihidang kopi percuma sambil menikmati pemandangan gunung merapi. Prosesan pisang salai juga dibuat disini.
Singgah di kedai makan minang Pondok Flora. Restoran dibina atas kolam air di kelilingi oleh sawah padi. Terdapat beberapa ekor burung hantu (owl) untuk tujuan bergambar agaknya.

Sampailah jugak akhirnya ke Pagaruyung tempat asal usul arwah datuk saya. Malangnya tidak ada sebarang petunjuk yang ditingkalkan untuk saya mencari waris disini. Setelah lebih sejam bergambar terus ke danau Singkarak.  Danau Singkarak dipenuhi banyak attraction tetapi kami cuma berehat seketika ditepi tasik sambil menmikmati buah bacang yang dijual disitu.
Kami mengerjakan solat jamak qasar di surau di tepi tasik.


Subuh prayer at the local mosque
Breakfast at the guesthouse
Tidbits at Ummi Aufa Hakim
Mesin sulaman Hajah Rosma

Kedai sulaman Hajah Rosma

Reception @kilang kopi Kiniko Batu Sangkar
Kopi self service @kilang kopi Kiniko Batu Sangkar
Packing serbuk kopi @kilang kopi Kiniko Batu Sangkar
Packing pisang salai @kilang kopi Kiniko Batu Sangkar
Nasi Padang Pondok Flora
View from Pondok Flora
Nasi Padang Pondok Flora

Costume diraja Pagaruyung
Costume diraja Pagaruyung
Costume diraja Pagaruyung
Bedok surau RnR Danau Singkarak
Danau Singkarak from the surau
Rehat ditepi tasik

Lokasi film Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck

Day 3 - Lobang Japang, Kotagadang, Danau Maninjau, Pandai Sikek
Esok nya ke Lobang Japang, tunnel tinggalan yang dibuat oleh askar Jepun masa perang dunia kedua. Dari sini jugak nampak 'grand canyon'. Terdapat guide untuk membawa pelawat explore dalam tunnel. Terdapat lebih 100 anak tangga. Entah macamana ketika asyik bergambar didalam tunnel tersebut, tiba2 lampu padam. Kami jadi kelam kabut dan cepat berlari mencari anak tangga untuk keluar dari tunnel. 

Setelas puas bergambar, pemandu membawa kami ke Kotogadang tempat membuat silver. Kawasan ini dulunya tempat penempatan orang Belanda.


Dalam perjalanan ke Danau Minanjau terdapat cottage industry membuat gula kabung hasil dari air tebu. Masih menggunakan tenaga lembu untuk memusing mesen perahan tebu untuk menghasilkan air tebu. Air di kaut dan dimasak dalam kawah menggunakan kayu api.

Dari puncak gunung kami melihat keindahan Danau Minanjau dari jauh. Kami menuruni bukit untuk ke Keluk 44 yang terdapat sejumlah 44 beluk tajam. Kami cuma pergi separuh jalan sahaja kera terasa mabuk akibat terlalu banyak lekuk.

Dalam perjalanan balik ke Bukitinggi, singgah di perkampungan Pandai Sikek yang menghasilkan banyak tenunan dan ukiran kayu. Isteri dan anak membeli telekong untuk kegunaan sendiri dan souvenoir untuk rakan2.

Malam itu kami makan soerabi atau serabai kata orang kedah. Serabai disini ada banyak fillings seperti durian, pisang, nangka, coklat, strawberry dll.


kat belakang tu Grand Canyon
Map Lobang Japang
Entrance to Lobang Japang
Staircase down to Lobang Japang

Tunnel Lobang Japang

Road to Kotogadang
Sawah padi @Kotogadang
Masjid Kotogadang with Dutch influnce
Mesen perahan tebu
Kawah memasak air tebu menjadi gula merah
Danau Minanjau backdrop

Danau Minanjau backdrop
Lunch at Keluk 44
Membeli telekong di Pandai Sikek
Dinner kat kedai Serabai
Serabai perisa durian

Day 4 - Pasar Atas, Jam Gadang, Padang Panjang, Padang
Pagi ini check out untuk ke Padang kerana flight balik ke Kuala Lumpur adalah keesokan awal pagi. 
Singgah sebentar di Pasar Atas untuk membeli tudung dan t shirt. Disini harga amat murah jika pandai tawar menawar. Kualiti pun sama macam di kedai2.
Sempat juga bergambar di Jam Gadang yang terletak bersebelahan dengan Pasar Atas. Dalam perjalanan kami singgah di Padang Panjang untuk melawat musuem Minangkabau. Disitu juga kami sempat berjumpa Pak Roni yang membawa bas pelancung dari Malaysia. Ruang pameran tidak lah sebesar Pagaruyung tapi banyak terdapat fakta berkaitan sejarah Minangkabau disini.
Hujan turun dengan lebatnya separuh perjalanan ke Padang. Kami check-in ke hotel dan terus keluar untuk makan tengahari. Drebar membawa ke restoran seafood. Kami meng order 2 ekor ikan, udang, ketam dan sotong. Jumlah untuk makan 4 orang adalah Rp484ribu (rm150). Dalam pejalanan balik kehotel, kami di bawa pusing bandar Padang melalui jambatan Siti Nurbaayah. Diatas jambatan itu terdapat pelbagai jenis jualan makanan.

Kami tidak keluar kemana malam itu kerana berkemas untuk flight balik esok nya. Untuk flight balik saya telah membeli luggage 20 kilo. Jadi barang2 di adjust betul2 kerana saya selalu membawa scale setiap kali bercuti supaya berat beg tidak melebihi berat yang dibenarkan.

Pasar Atas
Souvenoirs
Jam Gadang Bukitinggi
Museum Minangkabau Padang Panjang
bersama pak Roni @Museum Minangkabau Padang Panjang
Sea food di Padang
Bil untuk 4 orang

Day 5 - Checkout hotel Padang - Airport
Jam 6 pagi selepas subuh kami bertolak ke airport. Singgah breakfast di kedai makan berhampiran dengan airport untuk bersarapan soto dan telur separuh masak.
Selamat sampai KLIA alhamdulillah.